Sunday, January 20, 2013

Ini real


Kelmarin aku dapat tahu Tim Johor Darul Takzim sekadar seri 2-2 dengan ATM. Aku kecewa dan kecewa. Aku mengadu dengan kawan kawan, aku mengadu dengan Johor Fan Club.

Aku minta slogan "Luaskan Kuasamu" ditukar sedikit demi untuk membakar semangat rasa pejuang yang sepertinya belum ada. Ye belum ada. Bagi aku JDT dah cukup gah dengan pejuang pejuangnya, jadi kuasa tu dah memang ada. Rasa dah tak perlu diluaskan lagi hanya perlu dibuktikan sahaja. Ya buktikan saja.

Adalah lebih bagus dan rasional sekarang slogan "Luaskan Kuasamu" ditukar kepada "Buktikan Kuasamu".

Ini sangatlah rasional. Jika dilihat negeri negeri lain seperti Negeri Sembilan dengan Hobin Jang Hobin dan Kelantan dengan Gomo Kelate Gomo.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment