Wednesday, January 30, 2013

Buat R.O.K.E.S

Mempersembahkan....



Punk selatan punya visi memang cantik. Dia buat baju. Aku pulak suka. Jadi setelah borak dan borak, akhirnya kami sepakat nak keluarkan dan pasarkan baju ni ke seluruh tanah air.

Barang sesiapa berminat untuk mendapatkannya boleh kontek aku.

Untuk makluman, kami jual rm25 sehelai.

Sekian.
posted from Bloggeroid

Sunday, January 20, 2013

Onanioral


Aku...
Ye aku...
Bukan kau...
Bukan dia...
Tapi aku...
Tak...
Ini bukan kau mahupun dia...
Ini betul betul aku..
Yang sebenar sebenarnya...

posted from Bloggeroid

Ini real


Kelmarin aku dapat tahu Tim Johor Darul Takzim sekadar seri 2-2 dengan ATM. Aku kecewa dan kecewa. Aku mengadu dengan kawan kawan, aku mengadu dengan Johor Fan Club.

Aku minta slogan "Luaskan Kuasamu" ditukar sedikit demi untuk membakar semangat rasa pejuang yang sepertinya belum ada. Ye belum ada. Bagi aku JDT dah cukup gah dengan pejuang pejuangnya, jadi kuasa tu dah memang ada. Rasa dah tak perlu diluaskan lagi hanya perlu dibuktikan sahaja. Ya buktikan saja.

Adalah lebih bagus dan rasional sekarang slogan "Luaskan Kuasamu" ditukar kepada "Buktikan Kuasamu".

Ini sangatlah rasional. Jika dilihat negeri negeri lain seperti Negeri Sembilan dengan Hobin Jang Hobin dan Kelantan dengan Gomo Kelate Gomo.

posted from Bloggeroid

Pandir



"Kau pergi mana kordi?. Selalu je hilang", tanya Komeng.

"Alah aku ada je kat sini, tak pi mana pun", Kordi menjawab sambil matanya melilau melihat makwe kilang yang lalu lalang.

"Kau jangan, aku dah dengar macam macam ni pasal kau dengan makwe tu".

Kordi lincah bertanya Komeng perihal cerita apa yang macam macam sangat tu.

"Hah, cerita apa?Kau ceritalah".

*bersambung

posted from Bloggeroid

Thursday, January 17, 2013

Anjing



Dengar ni..dengar ni..
Dengarlah plis...plis...
Dengarkan ye..
Dengarlah masalah ni..masalah ni..
Dengarkan ok....
Dengarlah..sekali je..sekali...plis...

posted from Bloggeroid

Monday, January 14, 2013

Natang



Dapat sebab dia,
Hilang sebab dia,
Kawan sebab dia,
Musuh sebab dia,
Manis sebab dia,
Pahit sebab dia.

Jaga jaga akan dia.

posted from Bloggeroid

Friday, January 11, 2013

Gara gara



Gara gara kelisa aku sengsara..
Gara gara tak boleh hidup bertambah lagi sengsara..
Gara gara lambat pulang mataku mahu terus terbuka...
Gara gara tidak boleh tidur aku sengaja melukis wajah...
Gara gara melukis aku entah apa hasilnya...

posted from Bloggeroid

Thursday, January 10, 2013

Rasa



Cuaca petang itu agak berdenting panasnya. Aku rilek rilek dalam woksyop. Sebagai jurutera tivi, aku tak tahu apa nak buat haritu, jadi aku lukislah menatang ni. Secara automatis aku namakan dia #bosanova

posted from Bloggeroid